Datuk Wan Mohammad Sani Salleh



BIODATA

NAMA : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA : 35 tahun
ASAL : Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK : Keempat daripada enam beradik
JAWATAN : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENDIDIKAN : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
PENCAPAIAN : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)


Tekad yang menggambarkan liku-liku perjalanan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh sebelum bergelar usahawan muda Melayu negara yang berjaya. Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). Pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta. 

Biarpun baru berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani sudah menggenggam pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), baru-baru ini. Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan masa kini.

Pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong beliau untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti. Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi. Pada Januari 2006, beliau melaksanakan hasratnya dengan tertubuhnya Syarikat Sani Ekspress.