Syed Osman bin Syed Rashtan














BIODATA

Nama : Syed Osman bin Syed Rashtan (Sidi Oraza)
Umur : 46 Tahun
Asal : Ayer Itam, Penang, Malaysia
Jawatan : Pengerusi Eksekutif Diversatech (M) Sdn Bhd 


Berbekalkan modal RM6,000 pemberian ibunya, Allahyarhamah Syarifah Zarojarn Syed Azgkhar hasil penjualan rumah mereka, bekas pengarah dan pelakon terkenal sekitar 1990-an, Sidi Oraza memulakan perniagaan mengeluarkan dan memasarkan baja kimia dan organik.

Perniagaan yang dimulakan Sidi atau nama sebenarnya, Syed Osman Syed Rastan, 46, menerusi syarikat yang ditubuhkannya sejak 13 tahun lalu, iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd, terus berkembang dengan pasaran bukan saja di Malaysia malah luar negara seperti Indonesia dan di Asia Barat. Dorongan abangnya, Prof Madya Dr Syed Omar yang juga pakar dalam bidang pertanian membuka laluan untuk menceburi bidang pengilangan dan pemasaran baja.

Beliau mengakui terpaksa melalui pelbagai ranjau sebelum mengecapi apa yang ada sekarang, terutama ketika kegawatan ekonomi sekitar pertengahan 1990-an. Bagaimanapun, berpegang kepada prinsip 'usaha adalah tangga kejayaan' dan sentiasa ingat kepada Allah membolehkan beliau mengharungi semua ranjau itu.

Bermula dengan satu produk baja dedaun dikenali sebagai Vita Grow Plus, kini Diversatech yang mempunyai kilang untuk memproses dan mengeluarkan baja di Semenyih sudah mengeluar dan memasarkan enam produk.Malah, syarikat itu turut menubuhkan tiga anak syarikat pemasaran iaitu Peladang Tech (M) Sdn Bhd, Perintis Pelangi dan SPPM Diversa Sdn Bhd. 

Produk keluaran syarikat beliau turut memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Anugerah Reka Cipta dan Inovasi anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar bagi produk Vita Grow pada 2001, Anugerah Reka Cipta dan Inovasi UPM serta Anugerah Reka Cipta dan Inovasi Antarabangsa Geneva bagi produk Zappa pada 2002.

Faiza Bawumi Sayed Ahmad.















  

BIODATA

Nama : Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal : Mesir
Jawatan :
Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd
Pendidikan : Diploma Jahitan

Beliau tidak menyangka pengalamannya sebagai juruwang di kedai bapanya dahulu telah mendorongnya bergiat serius sebagai peniaga.Menurut Faiza, kejayaannya sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan.

Menurut Faiza beliau datang ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya.Disebabkan sikapnya yang tidak betah duduk diam, dia mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur.Faiza kemudian membuat rempah kari di bawah jenama Bunga Raya dan mengedarkannya di kedai-kedai.

Dengan mempunyai kedai sendiri, beliau mula belajar mengenali pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.
Atas respons yang positif, Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam.

Beliau yang mempunyai 200 pekerja tetap dan lebih 300 pekerja kontrak berkata, dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa diragui status halalnya.

Syarikat milik Faiza kini mengedar lebih 21 jenama beras di negara ini temasuk yang paling dikenali, "Herba Ponni Taj Mahal" dan anak syarikatnya, iaitu Faiza Marketing Sdn Bhd pula melibatkan diri dalam mengilang pelbagai jenis rempah termasuk rempah Raja Kari, rempah Bukhari dan terbaru, rempah rendang.

Taib Muda















BIODATA

Nama : Taib Muda
Umur : 53 Tahun
Asal : Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu
Jawatan : Pengarah Urusan Orisahanif Enterprise
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Isteri : Suri@Ngah Taib


Siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropak lekor.Pencapaian menakjubkan Taib Muda, 53, atau lebih dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai.

Pembabitan awal Pak Embong dari Kampung Kubang Bujuk, Serada, Kuala Terengganu, dalam bidang itu bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau ketika itu yang bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung tujuh anak dengan pendapatan tidak menentu. Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.

Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam.


Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.


Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong berkata, beliau melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan.


Kini operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan.
Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan.

Dengan memegang prinsip `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’, beliau kini boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.

Datuk Yusuf Taiyoob















BIODATA


Nama : Datuk Yusuf Taiyoob
Jawatan :Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
Asal : Georgetown, Pulau Pinang
Umur : 52 tahun
Isteri : Datin Yusnita Ramli
Anak : Waseem (9), Safiya (6) dan Safina (3)
Adik-beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Jenis perniagaan: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
 
 
Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.

Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Kini syarikat miliknya, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) menjadi pembekal terbesar pelbagai jenis kurma dan produk mentah makanan kering serta basah dari luar negara untuk pasaran di Malaysia dengan kira-kira 3,000 rangkaian pengedar di seluruh negara.

Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.

Wan Mohd. Ariffin Wan Long



BIODATA

NAMA : Wan Mohd. Ariffin Wan Long
USIA : 50 tahun
ASAL : kampung Tanjung, Kuala Terengganu
JAWATAN : Pengerusi Eksekutif & Pengurus Besar Noor Arfa Batek Sdn. Bhd.
ISTERI : Puan Noor Hijerah Hanafiah
PENCAPAIAN : Anugerah Usahawan Cemerlang (Kategori Perkhidmatan Tekstil) 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Pengasas Noor Arfa Batik, Wan Mohamed Ariffin Wan Long berjinak dengan batik semasa menjadi pembantu makmal di Kraftangan Malaysia pada tahun 1970an. Dengan sedikit pengalaman dan dikuatkan dengan minatnya yang mendalam di bidangperniagaan, Wan Mohamed Ariffin, 50, meletak jawatan untuk menceburi perniagaan batik bertapak di Kuala Terengganu, negeri yang mengasaskan industri batik negara, untuk membina Noor Arfa Batik Sdn Bhd.

Beliau memulakannya secara kecil-kecilan di rumah dengan bermodalkan simpanan RM1,000 dan pinjaman Mara sebanyak RM5,000 bersama isterinya, Noor Hijerah Hanafiah.
Selepas 26 tahun, tuan punya syarikat Noor Arfa Batik itu kini mempunyai sebuah kilang batik di Kawasan Perindustrian Cenderiang, Terengganu dengan 200 orang pekerja, mengeluarkan 150 produk batik.

Noor Arfa Batik kini mempunyai enam cawangan di seluruh negara iaitu dua di Kuala Lumpur, dua di Terengganu, masing-masing satu di Selangor dan Kedah.
Keunikan batik Noor Arfa ialah dari segi corak, rekaan dan pembuatannya terutama batik lukisan tangan yang menggunakan canting.

Keluaran batik Noor Arfa bukan sahaja diminati orang ramai dan pelancong, dengan rekaan corak terbarunya sering mendapat perhatian media fesyen, tetapi turut menjadi tumpuan selebriti tempatan seperti Siti Nurhaliza dan Erra Fazira, katanya.

Produk Noor Arfa batik ialah dalam bentuk lukisan tangan dan cetakan yang menghasilkan kain fabrik, pakaian lelaki dan perempuan serta cenderamata. Wan Mohamed Ariffin bangga keyakinannya terhadap perusahaan batik ternyata tidak silap sehingga kekal berjaya hingga kini dan ditambah pula dengan keluaran batik kembali popular dan diiktiraf negara.

Malah dengan perkembagan teknologi, sejak 10 tahun lepas syarikat itu menggunakan laman webnya, www.noor-arfa.com untuk mengembangkan pasaran ke luar negara, katanya. Atas daya usahanya, Wan Mohamed Ariffin semalam dipilih sebagai pemenang pertama dua anugerah Mara — Anugerah Usahawan Cemerlang dan Anugerah Usahawan Berjaya.

Datuk Wan Mohammad Sani Salleh



BIODATA

NAMA : Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
USIA : 35 tahun
ASAL : Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu
ADIK BERADIK : Keempat daripada enam beradik
JAWATAN : Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
PENDIDIKAN : Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994)
PENCAPAIAN : Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009)


Tekad yang menggambarkan liku-liku perjalanan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh sebelum bergelar usahawan muda Melayu negara yang berjaya. Beliau merupakan pemilik rangkaian operasi bas yang sedang meningkat naik Sani Ekspres di bawah kendalian syarikat, Sani United Sdn. Bhd. (SUSB). Pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta. 

Biarpun baru berusia 35 tahun tetapi Wan Mohammad Sani sudah menggenggam pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), baru-baru ini. Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan masa kini.

Pengalaman menaiki pelbagai perkhidmatan bas mendorong beliau untuk memberi perkhidmatan bas terbaik suatu hari nanti. Dengan peluang yang diberi, beliau mula membuat kajian terperinci, penganalisis dan menstruktur strategi. Pada Januari 2006, beliau melaksanakan hasratnya dengan tertubuhnya Syarikat Sani Ekspress.

Datuk Maznah Hamid



BIODATA

NAMA : Datuk Maznah Hamid
UMUR : 47 tahun
ASAL : Ayer Hitam, Jerlun, Kedah
JAWATAN : Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce
SUAMI : Datuk Shaheen Mirza.

Beliau menubuhkan Securiforce kira-kira 27 tahun yang lalu dan menjadi pembekal Keselamatan terbesar di Malaysia.Beliau memulakan perniagaan bermodalkan hanya RM5000 dari simpanan beliau. Beliau kini mengetuai hampir 50 cawangan dengan pekerja yang mencapai hampir 5000, beratus-ratus senjata api dan beberapa kenderaan perisai. Perkhidmatan bukan sahaja terhad kepada pengawal statik tetapi
juga menjangkau kepada logistik, tunai dalam transit, pengurusan tunai, pengurusan kargo berteknologi tinggi, perkhidmatan trak perisai, sebagai serta pelbagai perkhidmatan lain.

Securiforce kini telah maju dan mempunyai banyak anak syarikat.Satu contoh ialah Danau Lumayan, Syarikat Pembangunan Hartanah yang terletak di Bandar Tun Razak, Cheras. Securiforce, dalam usaha berterusan untuk menjadi keselamatan bersepadu sepenuhnya dan memenuhi keperluan pelanggan. Ia juga menubuhkan Securiforce Logistics di cawangan Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman.

Bahagian yang paling luar biasa dan menarik dalam cerita kejayaan Datuk Maznah bahawa semua syarikat telah ditubuhkan dan secara beransur-ansur berkembang tanpa bantuan mana-mana daripada institusi perbankan.  Falsafah kejayaan dan pencapaian beliau dapat dilihat dengan kepercayaan bahawa "the main
capital in business is yourself ".

Beliau membawa prinsip "we should produce a workload more than what we are paid for, as in the end, we will be rewarded much more than what we have done". Prinsip ini telah membawa kepada kejayaan utama dalam kerjaya perniagaan beliau.

Tan Sri Dato' Sri Dr. Tony Fernandes


BIODATA

NAMA : Tan Sri Dato’ Sri Dr. Tony Fernandes
UMUR : 47 tahun
ASAL : Kuala Lumpur, Malaysia
JAWATAN : Ketua Pegawai Eksekutif / Pengarah AirAsia Berhad dan Pengasas Tune Group Sdn Bhd / Pengerusi Q.P.R. Holdings Ltd
PENDIDIKAN :  Epsom College (1977-83), London School of Economics (1987)


Syarikat ini ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglomerat kerajaan Malaysia. Disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi, ia dijual kepada Tune Air yang dipengerusikan oleh Tony Fernandes dengan harga RM 1 sahaja. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep tambang murah telah membawa kepada perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. AirAsia juga berjaya merevolusikan industri penerbangan serantau.AirAsia ialah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia.

Pada tahun 2003, AirAsia menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru sebagai hab mereka kedua kerana kedudukannya yang dekat dengan Singapura dan melancarkan penerbangan ke Thailand. Kemudiannya, Thai AirAsia ditubuhkan bagi operasi penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang Bangkok, Thailand. Di Indonesia, AirAsia membeli Awair untuk sektor Indonesia, dan sekarang dikenali sebagai Indonesia AirAsia.

Pada 22 Julai 2005 AirAsia mengumumkan pakatan penajaan dengan kelab bola sepak Manchester United yang menyaksikan iklan AirAsia muncul di Stadium Old Trafford Stadium di kota Manchester yang membolehkan pendedahan jenamanya kepada berjuta-juta penonton televisyen di seluruh dunia.
Terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 23 Mac 2006, dijadikan pusat operasi baru bagi AirAsia. AirAsia dijangka membawa 9 juta penumpang pada tahun 2006.

Pada 27 Mac 2006, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa AirAsia mengambil alih 96 laluan domestik sampingan untuk disertakan dengan 19 laluan domestik utamanya sebagai sebahagian program rasionalisasi laluan Malaysia Airlines yang menyaksikan sebahagian besar penerbangan domestiknya dialihkan kepada AirAsia sejak 1 Ogos 2006.

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin



BIODATA

NAMA : Datuk Siti Nurhaliza Binti Tarudin
UMUR : 32 tahun
ASAL : Kampung Awah, Temerloh, Pahang.
JAWATAN : Presiden Produk Kosmetik SimplySiti
PENDIDIKAN : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
SUAMI : Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa


Pada 30 Mac, beliau melancarkan jenama produk kecantikan dan kosmetik SimplySiti. Produk-produknya menjalani penyelidikan dan pembangunan di Korea, serta diterapkan nanoteknologi sebelum menerima kelulusan halal oleh JAKIM. Tak sampai dua bulan selepas pelancarannya, SimplySiti dinobatkan sebagai "The Best Halal Product" dalam kategori kosmetik oleh majalah Halal Journal Magazine.

Pada 11 Januari 2011, beliau menerima dua anugerah dari BrandLaureate - Small and Medium Enterprises Chapter Awards (The BrandLaureate – SME's Chapter Awards), salah satu daripada jenis produk SimplySiti. Beliau juga menerima Anugerah Wanita Inspirasi dari Persatuan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) pada 29 Januari.

Kamaruzaman Che Hussein


BIODATA

NAMA : Mohd Kamaruzaman Che Hussain
UMUR : 39 tahun
ASAL : Jalan Atas Paloh, Kota Bharu, Kelantan
JAWATAN : Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Jabbar Herbs Sdn Bhd
PENDIDIKAN : Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
ISTERI : Norsusilawati Mohd Akhir
ANAK : Putri Norhidayah (6), Putra Fakrusi Syakirin, (5) dan Putra Adam Haris (1)
SASARAN EKSPORT : Negara OIC sasaran jualan produk Al-Jabbar 


Beliau tidak pernah melanjutkan pelajaran setelah tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gombak, Selangor. Sebaliknya beliau mengambil keputusan merantau ke Indonesia selama lima tahun untuk mendalami ilmu agama dan bidang perubatan herba bagi membolehkannya membantu para pesakit yang memerlukan.

Al-Jabbar Healthcare adalah salah satu daripada anak syarikat Al-Jabbar Group, sebuah syarikat berasaskan penjagaan kesihatan alternatif memulakan operasi sejak 5 Ogos 2008. Di terajui oleh Kamaruzaman Che Hussain Pengasas dan juga CEO Al-Jabbar Group. Berbekalkan 10 tahun pengalaman dalam perniagaan, Al-Jabbar semakin dikenali ramai melalui produk mesin terapi medan elektrostatik Dr.Jism dan juga Family Dr. Dua " Killer Product" ini mendapat sambutan yang sangat hebat di serata Malaysia dan termasuuk juga di Brunei dan Indonesia. 

Sekarang Al-Jabbar sedang mengembangkan sayapnya ke seluruh Malaysia, Indonesia serta Asia Barat. Al Jabbar Healthcare mempunyai beberapa produk berkualiti yang telah mendapat pengiktirafan didalam dan diluar negara kerana keberkesananya menyembuhkan pelbagai penyakit kronik dengan kaedah alternatif seperti mesin terapi DR.JISM, FAMILY DR.,Al Jabbar Luxury Therapysm dan DR.JISM 10SERIES. Al-Jabbar Herbs merupakan satu-satunya syarikat bumiputera yang memasarkan mesin terapi medan elektrik statik iaitu Dr. Jism di Malaysia.